Thursday, January 1, 2015

Ali Sudah Mati

Pagi itu dia bangun awal sekali. "Teruja!" kata dia. Ttak sabar," kata dia. Pagi itu dia tak perlu beratur untuk ke bilik mandi. Pagi itu, dia yang rasmi. Lama sekali dia mandi. Dia mahukan badannya bersih tahap maksimum hari itu. Selesai mandi, dia sarungkan baju yang paling jarang-jarang dia pakai. Kemeja kotak-kotak merah hitam, seluar jeans skinny hitam. "Baru 'grunge'," kata dia. Mukanya di bedak nipis nipis, rambutnya disisir dan dioles sedikit minyak rambut member supaya penggayaan rambutnya nanti kekal lama. 

"Wah Ali! Handsome gila!"

"Peh, first time Ali wangi," setelah dia beri semburan haruman, juga milik member dia pada diri.

Ali sengih-sengih. Hari itu akan jadi hari yang cukup istimewa baginya kerana dia akan menerima kunjungan orang yang teristimewa dalam hatinya.

Pagi itu dirasakan pagi paling indah. Pagi paling bertuah buat dirinya. Setelah sekian lama tidak bersua dek kejauhan dan batas jarak, wang dan transportasi, Hari ini tidak lagi. Terujanya bukan main kepalang kerana si dia yang dengan tanpa disuruh-suruh mahu datang,

"Kejap lagi kau nak dating mana Ali?"

"Tak tahu lagi. aku tak boleh fikir mana nak bawak dia ni," debarannya makin menjadi-jadi bila dibangkitkan soalan ini. ya, Ali memang tak punya idea nak dibawa kemana cinta hatinya nanti. 'takkan Mid lagi?' pikirnya sendiri.

"Dah sampai ke, Ali?" soalan ini lagi buat jantungnya seakan berlari.

"Lagi 10 minit dia kata,"

"Dia amik kau kat sini ke Ali?"

"Haah," 

Sedari 10 minit tadi dia asik memandang skrin telefonnya. tertera digit-digit yang membentuk waktu. Dibilangnya setiap minit-minit yang berlalu.

'Ting' satu mesej masuk. 

"Saya dah kat luar," Ali rasa jantungnya yang paling laju membuka pintu, Langkah kakinya ringan seakan mahu terbang. Ali bukan lagi sengih-sengih kali ini. Tapi bibirnya itu dirasakan mampir sedikit sahaja lagi dengan telinga kanan dan kiri.

Hanya Tuhan tahu betapa gembiranya Ali.

"Rindunya saya kat awak! Terima kasih datang! Jom saya bawak awak makan kat satu tempat ni. Kali ni saya belanja!," Ujar Ali yang seakan-akan mahu memeluk cintanya itu kerana terlalu rindu.

Mata kekasihnya itu memandang tepat pada wajah Ali. tak tersampai hati melihat Ali begitu girang sekali. Namun harus diluahkan jua apa yang tersimpan dalam hati. Tujuan sebenar dia sanggup datang ke mari.

"Awak, sebenarnya saya dah tak mahu teruskan lagi. cukup sampai sini," lancar. tanpa jeda kerana bagai tasbih dia berlatih untuk katakan ini sepanjang perjalanan jauh tadi.

***

Renungan Ali tembus. kepala seakan perpinar. penglihatannya menjadi gelap. jantung yang sedari tadi kencang akhirnya pecah terpecik menjadi muntah yang keluar dari bibir manisnya. Tompokan darah dan ketulan daging jantung bersepai pada kemeja kotak-kotak, jeans hitam dan seluruh kereta. Pergerakannya lumpuh selumpuh-lumpuhnya. Derianya mati. Sejuk deraian hujan yang menimpa diri selepas kereta berlalu pergi tak mampu dirasa Ali. Ali kaku di hadapan pagar rumahnya sendiri, Dengan bau haruman yang masih pekat tak dicemari, dengan gel rambut yang masuh likat tak terusik. jiwa Ali dibunuh dengan kejam sekali.

Hanya Tuhan tahu betapa matinya Ali.

Thursday, December 25, 2014

Sepasang Mata Yang Menghanguskan Aku

Suatu hari nanti;
Aku teringin sekali untu bercerita dengan engkau bagaimana pandangan mata engkau merenjat-hangus seluruh raga aku, disetiap kali mata kita bersatu.

Dan pabila usai aku bercerita itu;
Aku masih lagi malu-malu untuk dongakkan kepala menghadap mata engkau yang sedang menunggu.

Sepasang mata engkau
dan seorang hangus aku. 

Sang Pencuri

Dia, perempuan itu
Adalah sang pencuri.

Bukan setakat curi hati,
Raga, 
Jiwa,
Jantung,
Baju,
Windbreaker,
Dry bag,
Hammock,
Topi.
Malah boxer Hush Puppies.

Namun tetap saja aku biarkan.
Kerna aku sudah lemah diterpukaukan. 

Friday, December 5, 2014

Cerita Satu

Susah lah. Aku mmg macam ni. Kalau ada tempat bergantung. Macam ni lah. Susah. Sedih macam ni. 

Aku lahir anak kedua dari tiga. Sorang je lelaki. Masuk tingkatan satu, aku terus masuk asrama. Aku dah berdikari dari situ. Mak takde masa tingkatan 2. Aku bukan berdikari hidup je. Aku berdikari perasaan sekali. Segala luah jiwa aku pendam je. Kalau cerita, cerita dengan kawan. Mengadu merintih semua dengan kawan. Bukan famili. Famili bagi aku sekadar ada je. Hilang. Telinga kawan lagi banyak dengar keluh kesah. Tangan kawan lebih banyak tepuk belakang. 

Bila aku ada seseorang, yang aku isi dalam hati. Automatik seluruh isi hati aku dia punya. Segala kasih, segala kisah aku curah pada dia. 

Tapi mungkin orang lebih pilih untuk terima kasih, dari dengar kisah. Kan?

Serabut dan menyerabutkan. Sedu sedan, hentak kaki, bentak jiwa, segalanya melemaskan. Menyusahkan.

Jadinya bagaimana? Harus aku tarik kembali takhta? Atau biarkan saja. Dan terus curah kasih, dan tetap pendam kisah, macam dulunya. Sebelum hati berpunya. 

Beri, tanpa menerima. Mungkin lebih mudah, kan sayang?